Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

PengenalanFakulti Sains & Teknologi Pertahanan

Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) ditubuhkan serentak dengan penubuhan UPNM yang memulakan tahun pengajiannya pada Sesi Akademik 2007/2008 bagi melahirkan graduan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah untuk memenuhi keperluan pertahanan dan keselamatan negara terutamanya dalam bidang Sains Nautika, Teknologi Maritim, Keselamatan Komputer dan Sistem Cerdas.
 
Seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa kini, FSTP telah meneroka beberapa bidang baharu termasuklah Forensik Digital, Keselamatan Siber, Visualisasi dan Simulasi, Logistik dan Pengangkutan Maritim, Pengurusan Pelabuhan dan Penyelidikan Operasi dengan Sains Data.
 
Kini, FSTP memberi tumpuan kepada jalinan kolaborasi bersama kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan sama ada dalam dan luar negara khususnya agensi pertahanan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, universiti-universiti awam dan swasta, agensi pelabuhan dan perkapalan serta syarikat-syarikat korporat.
FSTP telah beroperasi di Bangunan Lestari sejak Januari 2013 dan telah mewujudkan kemudahan yang komprehensif untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. FSTP juga turut mempunyai sebuah Pusat Maritim, Pusat Marin dan beberapa kelengkapan lain bagi menerapkan kompetensi kepada pelajar. 

Dalam usaha memantapkan kelengkapan FSTP, peruntukan kewangan telah diperolehi daripada kerajaan Malaysia. Melalui RMK-10, Simulator Anjungan Kapal dan Simulator Enjin Kapal telah diperolehi pada tahun 2014 dan 2015 bagi penambahbaikan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang Maritim. Melalui RMK-11, tiga buah makmal baharu dalam bidang Sains Komputer telah dibangunkan pada tahun 2019 dan 2020 iaitu Makmal Kecerdasan Buatan dan Robotik, Makmal Rangkaian dan Keselamatan Digital, dan Makmal Media Kreatif. Di samping itu, satu makmal baharu dalam bidang Hidrografi dan Hidroakustik turut dibangunkan pada tahun 2020 dan 2021 melalui peruntukan yang sama. Seterusnya, bagi memastikan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di FSTP sentiasa dipertingkatkan, rancangan perolehan kelengkapan baharu juga telah dimohon melalui peruntukan kewangan RMK-12.

Bidang Sains dan Teknologi Pertahanan akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan lagi kemajuan negara.  Justeru, FSTP menyahut cabaran tersebut dengan penuh yakin untuk mengeluarkan insan yang diperlukan dalam pertahanan dan keselamatan negara.
Terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Penawaran Program Yang Holistik

Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan Komited untuk Melahirkan Graduan yang Berketerampilan dari Segi Ilmu, Sahsiah dan Teknologi Kepimpinan Masa Hadapan

Fasiliti D'FAKULTI

Objektif
Menerajui pengajian yang berorientasikan bidang Sains dan Teknologi Pertahanan dan Keselamatan.

Melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan pemimpin intelektual yang berkarakter dalam akademik dan profesional dalam bidang Sains dan Teknologi Pertahanan.
 
Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang Sains dan Teknologi Pertahanan.
 
Menjadi fakulti terkemuka dalam menjana ilmu yang berteraskan Sains dan Teknologi Pertahanan.