Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL), BANGUNAN PUSAT MARITIM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) 

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL), BANGUNAN PUSAT MARITIM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) 

API!!!API!!!API!!!        Itulah teriakan kecemasan sambil bunyi deringan loceng kecemasan yang berkemundang didalam bangunan pusat maritim pada tanggal 13 Disember jam 10.00 pagi. Ini adalah kesinambungan dari Latihan Pengungsian Bangunan atau dikenali sebagai Fire Drill. Latihan ini melibatkan Pensyarah dan juga kakitangan yang penempatannya bertempat di Pusat Maritim seperti  staf Pusat Maritim, staf Pusat Kecemerlangan Maritim dan staf Aeronautic, pihak Keselamatan UPNM dan juga pihak Pusat Perubatan UPNM. Latihan ini yang dikawal selia oleh Unit Penilaian Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pejabat PNC (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi UPNM.

Ini untuk memperlihatkan akan tugas dan tanggungjawab serta kefungsian Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) yang diwujudkan yang mana perkara ini merujuk kepada Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan juga Dasar Keselamatan dan Kesihatan UPNM. Sewaktu latihan ini berlangsung, 1 orang mangsa telah didapati pengsan yang berada di dalam pantry. Dengan tindakan pantas, pasukan kecemasan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan memaklum dan meminta bantuan dari pihak Pusat Perubatan yang telah siap sedia bersama kenderaan ambulan diperkarangan Pusat Maritim.Segala langkah-langkah serta tindakan keselamatan yang diambil adalah mengikuti SOP yang telah ditetapkan berdasarkan garis panduan dan juga taklimat yang dikendalikan oleh unit berkenaan.

Hasil dari latihan ini dapatlah disimpulkan bahawasanya Kumpulan Tindakan Kecemasan yang diwujudkan telah berjaya melaksanakan latihan ini dengan berkesan dan jayanya. Ianya juga mempamerkan semangat kerja berpasukan yang amat efektif dikalangan kakitangan.