
8:00 AM – 5:00 PM
Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dengan kerjasama Defence Science and Technology Club (DeSTeC) telah menganjurkan Program Jom Kongsi Rezeki dengan penyediaan bubur lambuk pada 14 Mac 2025 bertempat di Pusat Maritim. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pensyarah, staf dan pelajar FSTP melalui aktiviti gotong-royong. Agihan bubur lambuk secara drive thru kepada warga UPNM selepas solat Jumaat di Pusat Maritim UPNM.
Tahniah diucapkan kepada Lt Kdr Ts. Dr Mohd Azzeri bin Md Naiem TLDM (Bersara) CMILT di atas perlantikan sebagai Visiting Fellow di Maritime Institute Of Malaysia bermula pada 1 November 2024 sehingga 31 Oktober 2026.
Kolaborasi adalah seperti berikut di bawah :-
a) Melakukan kolaborasi penelitian pada topik yang sesuai dengan peneliti MIMA.
b) Menerbitkan artikel bersama seperti journals, MIMA Bulletin, MIMA Issue Paper, MIMA Sea Views.
c) Memberi ceramah atau panduan metodologi penelitian kepada para peneliti MIMA.
d) Bertukar idea tentang bagaimana MIMA dan lembaga afiliasi dapat bekerjasama dalam bidang yang dapat mewujudkan kepentingan bersama dan membawa keuntungan antara kedua-dua pihak.
Hari Sukan FSTP telah diadakan pada 15 Januari 2025 (Rabu) bertempat di Pusat Marin, UPNM
Program riadah Dekan FSTP bersama staf Pusat Maritim bersempena persiapan menyambut kehadiran bulan ramadhan tahun 2025.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Program Keusahawanan University to Community 2.0 bersama pelajar-pelajar FSTP yang dibimbing oleh Dr. Amalina Farhi binti Ahmad Fadzlah telah menerima dana keusahawanan berjumlah RM20,000.00 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.
© 2025 Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan. Powered by BTMK, UPNM.