• Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • 1
  • 2
Thursday, October 22, 2020

Aluan Dekan

   

KATA-KATA ALUAN DEKAN

dekan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Tahniah kerana anda telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di FSTP.

       Pada dasarnya, program FSTP menyediakan pengajian yang membolehkan graduannya untuk berdaya saing dan berkemampuan untuk menempuh alam pekerjaan. Fakulti telah menambah dua lagi program Sarjana Muda baharu iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dan Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data. Fakulti juga sedang berusaha untuk menambah satu lagi program Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Forensik dan Penyiasatan. Saya yakin pengalaman yang diperolehi sepanjang tempoh pengajian di FSTP akan memberikan kesan yang amat positif kepada graduan. Selain daripada program di peringkat Sarjana Muda, FSTP juga menawarkan program Sarjana dan Doktor Falsafah secara penyelidikan.

       FSTP yang telah beroperasi di Bangunan Lestari sejak Januari 2013 telah mewujudkan kemudahan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.  FSTP telah mempunyai sebuah Pusat Maritim, Pusat Marin dan makmal Sains Komputer untuk menerapkan kompetensi kepada pelajar.

       Dalam usaha memantapkan kelengkapan FSTP, peruntukan kewangan telah diperolehi daripada kerajaan Malaysia. Melalui RMK-10 Simulator Anjungan Kapal dan Simulator Enjin Kapal telah diperolehi untuk penambahbaikan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bidang Maritim pada tahun 2014 dan 2015. Di samping itu, untuk meningkatkan keupayaan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Sains Komputer, peruntukan kewangan telah dipohon melalui RMK-11.

       Bidang Sains dan Teknologi Pertahanan akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan lagi kemajuan Negara.  Justeru, FSTP menyahut cabaran tersebut dengan penuh yakin untuk mengeluarkan insan yang diperlukan dalam pertahanan dan keselamatan negara.

Terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar.

 

LT KDR  Ts. DR. MOHD NORSYARIZAD BIN RAZALI TLDM (BERSARA)

Dekan