Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

KURSUS PENYELIAAN SISWAZAH BERKESAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN DAN FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN

Kursus Penyeliaan Siswazah Berkesan ini telah diadakan pada 22 Ogos 2023 melalui penganjuran bersama Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP). Ianya melibatkan seramai lebih kurang 120 orang pensyarah dari kedua-dua buah Fakulti ini. Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran dan pendedahan kepada pensyarah/penyelia berhubung keperluan kemahiran penyeliaan supaya lebih berkesan dalam keadaan persekitaran yang dinamik dan mencabar disamping memberi pendedahan kepada kemahiran interpersonal yang perlu ada kepada penyelia secara berterusan. Kursus ini adalah wajib diambil oleh semua pensyarah dan penyelia pascasiswazah bagi memenuhi pematuhan Standard MQA Versi 2021.