Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my
Image

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan tahniah kerana telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di FSTP.
     
Pada dasarnya, program FSTP menyediakan pengajian yang membolehkan graduannya berdaya saing dan berkemampuan untuk menempuh alam pekerjaan. FSTP telah menambah dua program Sarjana Muda baharu iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dan Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data, serta memperkenalkan dua program Sarjana secara kerja kursus iaitu Sarjana Teknologi Maritim dan Sarjana Keselamatan Siber dan Pengurusan. Fakulti juga sedang berusaha untuk menambah satu lagi program Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Forensik dan Penyiasatan. Selain daripada program Sarjana Muda dan Sarjana secara kerja kursus, FSTP juga menawarkan program Sarjana dan Doktor Falsafah secara penyelidikan. Pengalaman yang diperolehi sepanjang tempoh pengajian di FSTP kelak, diyakini akan memberikan kesan yang amat positif kepada semua graduannya.
FSTP telah beroperasi di Bangunan Lestari sejak Januari 2013 dan telah mewujudkan kemudahan yang komprehensif untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. FSTP juga turut mempunyai sebuah Pusat Maritim, Pusat Marin dan beberapa kelengkapan lain bagi menerapkan kompetensi kepada pelajar. 

Dalam usaha memantapkan kelengkapan FSTP, peruntukan kewangan telah diperolehi daripada kerajaan Malaysia. Melalui RMK-10, Simulator Anjungan Kapal dan Simulator Enjin Kapal telah diperolehi pada tahun 2014 dan 2015 bagi penambahbaikan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang Maritim. Melalui RMK-11, tiga buah makmal baharu dalam bidang Sains Komputer telah dibangunkan pada tahun 2019 dan 2020 iaitu Makmal Kecerdasan Buatan dan Robotik, Makmal Rangkaian dan Keselamatan Digital, dan Makmal Media Kreatif. Di samping itu, satu makmal baharu dalam bidang Hidrografi dan Hidroakustik turut dibangunkan pada tahun 2020 dan 2021 melalui peruntukan yang sama. Seterusnya, bagi memastikan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di FSTP sentiasa dipertingkatkan, rancangan perolehan kelengkapan baharu juga telah dimohon melalui peruntukan kewangan RMK-12.
 
Bidang Sains dan Teknologi Pertahanan akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan lagi kemajuan negara.  Justeru, FSTP menyahut cabaran tersebut dengan penuh yakin untuk mengeluarkan insan yang diperlukan dalam pertahanan dan keselamatan negara.
Terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar.

LT KDR PROF. MADYA Ts. DR. MOHD NORSYARIZAD BIN RAZALI TLDM (BERSARA) CMILT

Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi Pertahanan