Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my
Image

Pusat Maritim merupakan pusat latihan bagi membangun kompetensi profesional melalui pembelajaran dan latihan dalam bidang maritim. Ianya bukan sahaja melibatkan penglibatan para pelajar UPNM semata-mata malah ianya juga melibatkan agensi-agensi maritim badan kerajaan mahu pun swasta didalam negara seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Lembaga Pelabuhan, Institut Latihan Maritim, IPTA dan IPTS.

Pusat Maritim ditubuhkan dengan struktur organisasi yang berteraskan pembangunan kompetensi melalui latihan navigasi, kepelautan, komunikasi maritim dan penyelidikan bidang sains dan teknologi maritim. Pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Operasi.Empat orang pembantu makmal yang berkepakaran bidang pengendalian simulator kapal dan seorang penolong pegawai teknlogi maklumat kanan yang berkepakaran menyelenggara peralatan berkaitan sistem dan peralatan komputer.



Objektif penubuhan pusat ini adalah untuk:

a. Membangunkan modal insan sejajar dengan matlamat pendidikan UPNM untuk mengeluarkan pemimpin yang berkarektor untuk bidang maritim.

b. Membangunkan modul latihan kompetensi untuk pelajar Sarjana Muda dan Sarjana bagi memenuhi keperluan modal insan bidang maritim.

c. Melaksanakan modul latihan yang mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan, TLDM, Jabatan Laut Malaysia dan organisasi maritim antarabangsa.

d. Menjalin hubungan yang erat dengan agensi maritim daripada dalam dan luar negara bagi mengukuhkan jaringan dengan industri maritim.

e. Menjana sumber pendapatan kepada UPNMmelalui penawaran latihan kompetensi kepada IPTA yang menawarkan program akademik bidang maritim.

f. Melaksanakan latihan navigasi kepada PALAPES Laut UPNM dan menawarkan latihan PALAPES Laut kepada 8 IPTA lain.

g. Membantu Jabatan Sains dan Teknologi Maritim dalam menyediakan kemudahan dan makmal untuk penyelidikan dan inovasi bidang maritim

Makmal yang terdapat di Pusat Maritim adalah seperti berikut


     1. Simulator Anjungan

     
     2. Simulator Enjin Kapal 


 
     3. CBT



 
     4. Desktop Simulator Bilik Selat Melawali


 
     5. Flume Wave Maker