Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

LAWATAN PEMERKASAAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA NETHERLANDS MARITIME UNIVERSITY COLLEGE (NMUC) DAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) 19/01/2024

Lawatan Kerja Pemerkasaan MoU antara UPNM dan NMUC

Pada 19 Januari 2024 (Jumaat), Lawatan kerja pemerkasaan MoU antara UPNM dan NMUC telah dilaksanakan. Sebanyak empat perkara utama telah dibincangkan termasuk kerjasama R&D antara kedua dua universiti, pembangunan program, pertukaran pelajar dan staf diantara kedua dua universiti dan keutamaan menyambung pengajian di UPNM bagi staf NMUC. Pemerkasaan MoA antara kedua dua universiti ini adalah tertumpu kepada bidang operasi, sains dan teknologi maritim.

Daripada lawatan, dimaklumkan seramai dua alumni UPNM telah diterima untuk bekerja di NMUC manakala seramai 4 orang pelajar UPNM telah dikenal pasti untuk menjalani latihan industri di NMUC selama 6 bulan bermula Mac 2024 ini. Hubungan baik antara UPNM dan NMUC akan diteruskan dan akan diperkasakan untuk tempoh akan datang.Lawatan ini melibatkan Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Maritim, Ketua Pogram Sarjana Muda Teknologi Maritim, Penyelaras Latihan Industri, Penyelaras Sarjana Teknologi Maritim, wakil Ketua Program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Logistik dan Pengangkutan Maritim dan dua pembantu makmal kanan Pusat Maritim.