Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

KURSUS JURUMALIM PELABUHAN PULAU PINANG

Kursus Jurumalim Pelabuhan Pulau Pinang
Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari dan bertempat di Pusat Maritim mulai 7 – 9 Mac 2023 yang melibatkan 4 orang jurumalim dari pihak Pelabuhan Pulau Pinang. Kehadiran para peserta serta tenaga pengajar telah disambut oleh Lt Kdr Ts Dr Mohd Azzeri bin Mohd Naeim TLDM (B) selaku Ketua Pegawai Operasi Pusat Maritim. Kursus ini diketuai oleh Kapt David selaku tenaga pengajar. Kursus ini adalah dibawah kendalian Centre Of Maritime Excelllence (CME) Sdn Bhd dan merupakan salah satu Institut Latihan Maritim yang berdaftar dibawah Jabatan Laut Malaysia.


Sesi hari pertama pelaksanaan kursus dimulai dengan sesi taklimat dari tenaga pengajar yang mana taklimat ini adalah berkenaan senario-senario yang bakal dilaksanakan dan juga termasuk taklimat keselamatan bangunan. Sesi taklimat seterusnya pula dilaksanakan didalam simulator anjungan kapal dimana taklimat ini diberi oleh penyelia simulator kepada para peserta. Taklimat ini adalah berkaitan akan cara-cara pengoperasian peralatan dan juga merangkumi taklimat operasi sewaktu latihan dilaksanakan. Perlaksanaan sistem operasi simulator pula adalah dikawal selia oleh staf Pusat Maritim sepenuhnya.


Sebanyak 18 pelbagai senario latihan yang telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari kursus tersebut dilaksanakan. Objektif latihan ini adalah untuk melihat serta menilai kreadibiliti jurumalim dalam membuat keputusan berdasarkan sop yang telah ditetapkan pada setiap pelabuhan dan juga keputusan, kepekaan, kebolehan serta daya pemikiran jurumalim dalam melaksanakan tugas sama seperti dilapangan. Sekiranya keputusan mahupun tindakan yang diambil tidak mengikuit SOP yang ditetapkan, ianya akan memberi impak yang amat besar seperti berlaku kehilangan nyawa, pencemaran alam sekitar mahupun kerosakkan harta benda.


Kursus ini telah mencapai objektif yang dikehendaki mengikut garis panduan yang telah termaktub berdasarkan keperluan latihan oleh Jabatan Laut Malaysia.  Hasil daripada kursus ini menunjukkan bahawa jurumalim-jurumalim yang terlibat telah membuktikan serta menunjukkan akan tahap kerja professional yang tinggi akan tanggungjawab yang dipikul dalam melaksanakan kerja dan operasi.

 

 

 

 

administrator