Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

Kursus Kompetensi 'Engine Room Simulator – Moduler Course 2.07 dan 'Train The Trainer  For Engine Room Simulator – Moduler Course 6.09
Latihan ini telah berlangsung selama 12 hari bertempat di Integrated Maritime Practical Assessment Center and Technical Solution Inc. Cebu City, Phlippines. Penglibatan kakitangan pula terdiri dari staf  dan pegawai dari pusat maritim iaitu:


1. Lt Kdr Ts Dr. Mohd Azzeri bin Md Naiem TLDM (Bersara)
2. En Mohd Hafizie bin Md Eusoff
3. En Mohd Zairi bin Kamarudin


Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan kemahiran serta mendapat kelayakkan yang bersesuaian selaras garis panduan profession oleh Jabatan Laut Malaysia dan International Maritime Organisation (IMO). Ianya juga bertujuan untuk memberikan peningkatan kemahiran yang lebih mendalam serta memantapkan lagi pengetahuan staf dan pegawai yang berkaitan dalam bidang ini. Ini juga akan memberi peluang kepada staf serta pegawai untuk mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

 

GAMBAR AKTIVITI PROGRAM

Kursus IMO 6.10 Train The Simulator Trainer & Assessor Course ini telah berlangsung di Orion Maritime (M) Sdn Bhd Klang, Selangor. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari mulai 9 – 13 Sept 2024. Ianya melibatkan staf serta pegawai dari Jabatan Sains dan Teknologi Pertahanan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan peningkatan kemahiran yang diikhtiraf serta memantapkan lagi pengetahuan staf dan pegawai dalam bidang ini selaras dengan garis panduan  Standards of Training, Certification, and Watchkeeping for Seafarers(STCW 78 as amended) Jabatan Laut Malaysia dan International Maritime Organisation (IMO).
Penglibatan staf dan pegawai terdiri daripada:


1. Kdr Ts. Hj. Mohd Arif bin Ahmad TLDM (Bersara) 
2. Lt Mohamad Azrin bin Abd Azis (Bersara) 
3. En Md Hafize bin Md Eusoff 
4. En Mohd Zairi bin Kamarudin


Kursus ini mematuhi keperluan peraturan I/6 STCW ‘78 dan adalah wajib seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa industri maritim. Kursus ini akan memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam teknik pengajaran menggunakan simulator. Ia ditujukan kepada semua pengajar dan penilai, baik nautika mahupun kejuruteraan, yang menggunakan simulator sebagai alat untuk pengajaran yang berkesan. Kaedah penyampaian adalah melalui kuliah, bengkel, permainan peranan dan simulasi.

GAMBAR AKTIVITI PROGRAM

Kursus IMO 6.09 Train The Simulator Trainer & Assessor Course ini telah berlangsung di Pusat Maritim selama 12 hari bermula dari 7 – 18 Okt 2024. Seramai 6 orang staf dan pegawai dari Jabatan Sains dan Teknologi Pertahanan terlibat dalam kursus ini dan ianya terdiri daripada:


1. Kdr Ts. Hj. Mohd Arif bin Ahmad TLDM (Bersara) 
2. Lt Mohamad Azrin bin Abd Azis (Bersara) 
3. Md Hafize bin Md Eusoff 
4. En Mohd Zairi bin Kamarudin 
5. En Mohd Shah bin Mohd Zain 
6. En Mohd Nazir bin Awang Mat 


Objektif kursus ini adalah untuk memudahkan penyampaian latihan dalam tahap kompetensi yang diperlukan oleh Konvensyen IMO mengenai tahap latihan, pensijilan dan penjagaan untuk pelaut, 1978, seperti yang dipinda mengikut kursus model IMO 6.09.

GAMBAR AKTIVITI PROGRAM

Kursus Jurumalim Pelabuhan Pulau Pinang
Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari dan bertempat di Pusat Maritim mulai 7 – 9 Mac 2023 yang melibatkan 4 orang jurumalim dari pihak Pelabuhan Pulau Pinang. Kehadiran para peserta serta tenaga pengajar telah disambut oleh Lt Kdr Ts Dr Mohd Azzeri bin Mohd Naeim TLDM (B) selaku Ketua Pegawai Operasi Pusat Maritim. Kursus ini diketuai oleh Kapt David selaku tenaga pengajar. Kursus ini adalah dibawah kendalian Centre Of Maritime Excelllence (CME) Sdn Bhd dan merupakan salah satu Institut Latihan Maritim yang berdaftar dibawah Jabatan Laut Malaysia.


Sesi hari pertama pelaksanaan kursus dimulai dengan sesi taklimat dari tenaga pengajar yang mana taklimat ini adalah berkenaan senario-senario yang bakal dilaksanakan dan juga termasuk taklimat keselamatan bangunan. Sesi taklimat seterusnya pula dilaksanakan didalam simulator anjungan kapal dimana taklimat ini diberi oleh penyelia simulator kepada para peserta. Taklimat ini adalah berkaitan akan cara-cara pengoperasian peralatan dan juga merangkumi taklimat operasi sewaktu latihan dilaksanakan. Perlaksanaan sistem operasi simulator pula adalah dikawal selia oleh staf Pusat Maritim sepenuhnya.


Sebanyak 18 pelbagai senario latihan yang telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari kursus tersebut dilaksanakan. Objektif latihan ini adalah untuk melihat serta menilai kreadibiliti jurumalim dalam membuat keputusan berdasarkan sop yang telah ditetapkan pada setiap pelabuhan dan juga keputusan, kepekaan, kebolehan serta daya pemikiran jurumalim dalam melaksanakan tugas sama seperti dilapangan. Sekiranya keputusan mahupun tindakan yang diambil tidak mengikuit SOP yang ditetapkan, ianya akan memberi impak yang amat besar seperti berlaku kehilangan nyawa, pencemaran alam sekitar mahupun kerosakkan harta benda.


Kursus ini telah mencapai objektif yang dikehendaki mengikut garis panduan yang telah termaktub berdasarkan keperluan latihan oleh Jabatan Laut Malaysia.  Hasil daripada kursus ini menunjukkan bahawa jurumalim-jurumalim yang terlibat telah membuktikan serta menunjukkan akan tahap kerja professional yang tinggi akan tanggungjawab yang dipikul dalam melaksanakan kerja dan operasi.

 

 

 

 

Pelaksanaan Audit Pembaharuan Sijil (Certificate Renewal - CR) untuk Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) oleh pihak LRQA 

Pada tanggal 16 Feb 2024 bertempat di Pusat Maritim UPNM, telah berlangsungnya lawatan bersempena Pelaksanaan Audit Pembaharuan Sijil (Certificate Renewal - CR) untuk Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) diperingkat universiti yang dilaksanakan oleh pihak LRQA. Simulator anjungan kapal telah dipilih secara rawak oleh pihak Auditor dalam hal ini.
Diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed selaku Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Projek dan Perancangan Strategi juga merangkap menjalankan tugas Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) dan diiringi Puan Mazlin binti Abdul Malek selaku Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data UPNM. Kedatangan pihak auditor telah disambut oleh Lt Kdr Ts. Dr. Mohd Azzeri bin Md Naiem TLDM (Bersara) selaku Ketua Pegawai Operasi Pusat Maritim dipintu utama bangunan bersama para staf pusat maritim.

Page 1 of 2