8:00 AM – 5:00 PM
Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my
Kursus IMO 6.10 Train The Simulator Trainer & Assessor Course ini telah berlangsung di Orion Maritime (M) Sdn Bhd Klang, Selangor. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari mulai 9 – 13 Sept 2024. Ianya melibatkan staf serta pegawai dari Jabatan Sains dan Teknologi Pertahanan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan peningkatan kemahiran yang diikhtiraf serta memantapkan lagi pengetahuan staf dan pegawai dalam bidang ini selaras dengan garis panduan Standards of Training, Certification, and Watchkeeping for Seafarers(STCW 78 as amended) Jabatan Laut Malaysia dan International Maritime Organisation (IMO).
Penglibatan staf dan pegawai terdiri daripada:
1. Kdr Ts. Hj. Mohd Arif bin Ahmad TLDM (Bersara)
2. Lt Mohamad Azrin bin Abd Azis (Bersara)
3. En Md Hafize bin Md Eusoff
4. En Mohd Zairi bin Kamarudin
Kursus ini mematuhi keperluan peraturan I/6 STCW ‘78 dan adalah wajib seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa industri maritim. Kursus ini akan memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam teknik pengajaran menggunakan simulator. Ia ditujukan kepada semua pengajar dan penilai, baik nautika mahupun kejuruteraan, yang menggunakan simulator sebagai alat untuk pengajaran yang berkesan. Kaedah penyampaian adalah melalui kuliah, bengkel, permainan peranan dan simulasi.
© 2024 Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan. Powered by BTMK, UPNM.