Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

LATIHAN PENYELAKU ANJUNGAN (BRIDGE SIMULATOR) BAGI PELATIH KURSUS ASAS LEFTENAN MUDA MARITIM SIRI 12/2024

Latihan Penyelaku Anjungan (Bridge Simulator) bagi Pelatih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 telah diadakan di Pusat Maritim Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 16 hingga 20 Jun 2025 selama 5 hari yang telah disertai oleh 68 orang Pelatih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 bersama 6 orang Pegawai dan Staf Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional (KPPP).

Objektif latihan ini ialah :-

- Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang tanggungjawab, peranan dan fungsi sebagai seorang Pegawai Bertugas Anjungan;

- Penekanan mengenai aspek keselamatan dalam pengendalian kapal;

- Membolehkan pelatih melaksanakan tugas serta mampu mengoperasikan kapal dengan lancar dan selamat; dan

- Mempraktikkan Modul Navigasi, seperti kerja carta dan lain-lain dalam aspek latihan praktikal dan aspek keselamatan semasa mengoperasikan kapal.

 

Peringatan :- Kualiti visual bersaiz kecil sahaja (Compressed)

 

GAMBAR AKTIVITI PROGRAM 

 

 

administrator