Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL), BANGUNAN PUSAT MARITIM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) 

API!!!API!!!API!!!        Itulah teriakan kecemasan sambil bunyi deringan loceng kecemasan yang berkemundang didalam bangunan pusat maritim pada tanggal 13 Disember jam 10.00 pagi. Ini adalah kesinambungan dari Latihan Pengungsian Bangunan atau dikenali sebagai Fire Drill. Latihan ini melibatkan Pensyarah dan juga kakitangan yang penempatannya bertempat di Pusat Maritim seperti  staf Pusat Maritim, staf Pusat Kecemerlangan Maritim dan staf Aeronautic, pihak Keselamatan UPNM dan juga pihak Pusat Perubatan UPNM. Latihan ini yang dikawal selia oleh Unit Penilaian Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pejabat PNC (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi UPNM.

Ini untuk memperlihatkan akan tugas dan tanggungjawab serta kefungsian Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) yang diwujudkan yang mana perkara ini merujuk kepada Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan juga Dasar Keselamatan dan Kesihatan UPNM. Sewaktu latihan ini berlangsung, 1 orang mangsa telah didapati pengsan yang berada di dalam pantry. Dengan tindakan pantas, pasukan kecemasan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan memaklum dan meminta bantuan dari pihak Pusat Perubatan yang telah siap sedia bersama kenderaan ambulan diperkarangan Pusat Maritim.Segala langkah-langkah serta tindakan keselamatan yang diambil adalah mengikuti SOP yang telah ditetapkan berdasarkan garis panduan dan juga taklimat yang dikendalikan oleh unit berkenaan.

Hasil dari latihan ini dapatlah disimpulkan bahawasanya Kumpulan Tindakan Kecemasan yang diwujudkan telah berjaya melaksanakan latihan ini dengan berkesan dan jayanya. Ianya juga mempamerkan semangat kerja berpasukan yang amat efektif dikalangan kakitangan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Program Pre-Launching iaitu Larian Sihat Warga Kampus ini telah diadakan pada 25 Ogos 2023 bertempat di Pavilion UPNM. Larian Sihat Warga Kampus ini adalah bersempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia Peringkat UPNM Tahun 2023 oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama PERINTIS,
Tahniah diucapkan kepada staf FSTP yang telah menyertai dan memenangi medal pada program ini.
Kursus Penyeliaan Siswazah Berkesan ini telah diadakan pada 22 Ogos 2023 melalui penganjuran bersama Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP). Ianya melibatkan seramai lebih kurang 120 orang pensyarah dari kedua-dua buah Fakulti ini. Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran dan pendedahan kepada pensyarah/penyelia berhubung keperluan kemahiran penyeliaan supaya lebih berkesan dalam keadaan persekitaran yang dinamik dan mencabar disamping memberi pendedahan kepada kemahiran interpersonal yang perlu ada kepada penyelia secara berterusan. Kursus ini adalah wajib diambil oleh semua pensyarah dan penyelia pascasiswazah bagi memenuhi pematuhan Standard MQA Versi 2021.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Page 2 of 2