Image
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Isnin - Jumaat
8:00 AM – 5:00 PM

Aras 2, Bangunan Lestari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 - 9051 2550 / 2553 / 2554 / 2555
Faks : +603 - 9051 2559
fstp_webmaster@upnm.edu.my

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SOTVIA 2023

Persidangan antarabangsa iaitu The 1st International Conference on Software & Technologies, Visual Informatics and Applications (SOTVIA 2023) telah diadakan pada 25 September 2023 di Almaty, Kazakhstan.
Persidangan ini merupakan anjuran bersama di antara Society of Visual Informatics (SOTVI) selaku penganjur utama dan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selaku penganjur bersama.
Seramai lebih kurang 21 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar siswazah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah membentangkan kertas persidangan secara atas talian. 21 kertas persidangan ini akan diterbitkan di dalam jurnal berindeks Scopus.
YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPNM dan YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rizal bin Mohd Isa (Prof. Madya, FSTP, UPNM) telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan keynote speech semasa persidangan tersebut.
Selain itu, wakil UPNM yang dijemput secara fizikal ke Almaty, Kazakhstan telah berkesempatan berkunjung ke Al-Farabi Kazakh National University bagi membincangkan peluang jalinan kolaborasi dalam bidang penyelidikan.

administrator